BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jangan sampai jadi seperti Itali, Dr Sim



KUCHING: Rakyat Sarawak harus belajar pengalaman yang dialami rakyat Itali yang berhadapan dengan krisis kematian mendadak 11,000 ekoran penularan wabak Covid-19.

Malah apa yang menyedihkan angka kematian melonjak dengan drastik daripada 17 kematian pada bulan Februari kepada hampir 10,000 kematian sebulan.

Untuk rekod jumlah jumlah jangkitan di Itali kini berada di atas 101,000 positif Covid-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian menegaskan, situasi di Itali sangat serius kerana rakyat memprotes keputusan kerajaan untuk mengenakan larangan pergerakan di dalam negara.

"Apabila Itali mahu mengharamkan pergerakan di dalam negara, ada protes dari rakyatnya.

"Kami tidak mahu Sarawak mengikut jalan Itali dan itulah sebabnya kerajaan memutuskan untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO)," katanya pada sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, sekiranya rakyat Sarawak enggan mematuhi arahan kerajaan khususnya terhadap pelaksanaan PKP, maka adalah sukar untuk wabak dapat dibendung di negeri ini.

Katanya, rakyat Sarawak harus memberi bekerjasama dengan kerajaan dengan tinggal di rumah dan meminimumkan perjalanan yang tidak perlu.

"Jika orang terus bergerak, maka anda akan melihat bahawa jumlah kes Covid-19 akan mula meningkat.

"Kami mahu Sarawak meratakan lengkung dan beberapa minggu ini MCO, walaupun ia sangat menyusahkan, ia hanya bersifat sementara.

"Sekiranya kita dapat mengawalnya selama dua hingga tiga minggu akan datang, kita boleh kembali ke kehidupan normal kita lebih cepat," tegasnya.

Berhubung isu tangkapan ke atas mereka yang masih degil, Sim berkata polis telah menahan 276 orang kerana melanggar PKP antara 18 hingga 31 Mac.

"Semalam sahaja, 46 orang ditahan. Sebanyak 83 telah dituduh di mahkamah manakala 63 mengaku bersalah.

"Sebanyak 54 telah diberikan hukuman penjara antara satu hingga empat bulan dan 12 didenda antara RM1,000 hingga RM2,000," katanya.

Dalam pada itu, BERNAMA melaporkan bendera dikibarkan separuh tiang di seluruh Itali pada Selasa sebagai memperingati mangsa yang maut akibat COVID-19, selain menjadi lambang perpaduan serta tanda sokongan terhadap keluarga mangsa dan pekerja kesihatan, lapor ANSA.

Inisiatif itu dilancarkan Datuk Bandar Itali, turut disertai institusi, agensi pusat dan negeri serta sektor perniagaan dan agensi berita ANSA.

Wabak COVID-19 di Itali meragut lebih 11,500 nyawa. 


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »