BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Janakuasa Sesco disambar petir, sebabkan gangguan bekalan air

MIRI: Stesen Pengalak Bukit Song berhadapan masalah gangguan bekalan elektrik selepas janakuasa SESCO terbakar dipercayai disambar petir semalam.

Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Miri memberitahu, gangguan berlaku pada jam 12 tengah hari dan sehingga kerja-kerja baikpulih siap dilaksanakan.

“Pada masa sekarang kami menggunakan genset sebagai alternatif, namun ia hanya dapat digunakan untuk satu pam.”

“Ini menyebabkan berlaku tekanan air rendah di seluruh kawasan Bekenu, Bukit Peninjau, Beluru Fasa II, Beluru dan sekitarnya,” kata JBALB MIri dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan itu dinasihat untuk menyimpan dan menjimatkan penggunaan ,bekalan air sepanjang tempoh masa gangguan.

Pihak JBALB Miri akan memantau keadaan itu agar pulih secepat mungkin.

Pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi Jurutera Air Bahagian, Fadil Kawi di talian 014-8820032 atau Razri Amit 013-5626403.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »