BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jalan sesak apabila Kawalan Di Sarikei Diperketatkan

SARIKEI: Orang ramai yang ingin keluar atau masuk ke bandar Sarikei diingatkan agar sentiasa mengikuti arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah ditetapkan.
Pihak Polis Bahagian Sarikei telah mengambil langkah ketat agar orang ramai mematuhi segala arahan yang telah diberikan.

Mereka yang tiada kepentingan untuk berurusan diarahkan untuk berpatah balik jika tiada keperluan, kecemasan dan alasan yang munasabah.
Difahamkan kesesakan jalanraya yang berlaku di Jalan Repok, Jalan Getah dan Jalan Nyelong ByPass disebabkan orang ramai ingin pergi ke bank untuk melakukan transaksi pengeluaran wang Bantuan Prihatin Nasional yang telah dikreditkan ke akaun penerima yang layak.

Berikut peningkatan penularan wabak Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia pada 7 Mac 2020 telah merekodkan daripada 3,963 kes yang disahkan, 33% atau 1,321 telah pulih manakala 1.6% pula untuk 63 kematian.
Fasa kedua Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) bermula dari 1 April hingga 14 April telah dipertingkatkan untuk keberkesanan memutus rangkaian penularan Covid-19.

Mana-mana individu yang engkar arahan tersebut boleh disabitkan dibawah kesalahan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Berjangkit) 2020 yang membawa denda RM1,000 Penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »