BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Inspektor ditangkap rogol dua wanita asing

PETALING JAYA, 12 April (Bernama) -- Seorang anggota polis berpangkat inspektor ditahan selepas disyaki merogol dua wanita warga Mongolia di sebuah hotel dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan selepas polis menyelamatkan mangsa yang masing-masing berusia 20 dan 37 tahun di hotel berkenaan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua wanita telah ditahan dalam satu sekatan jalan raya sebelum dibawa ke hotel itu.

“Siasatan awal mendapati dua wanita itu tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap dan disyaki terlibat dengan pekerjaan berunsur maksiat.

"Dua wanita ini adalah mangsa dan kita teruskan dengan perintah perlindungan interim untuk mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan rondaan di Damansara hari ini.

Nik Ezanee berkata suspek ditahan reman lima hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »