BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ingkar PKP, dua lelaki ditangkap bawa 60 kotak bir


BAU: Dua lelaki bukan sahaja ditangkap kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), tetapi turut membawa minuman keras dalam kenderaan mereka.

Dua lelaki seorang warganegara tempatan dan seorang warganegara Indonesia itu ditahan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau yang menjalankan tugas penguatkuasaan PKP  di Jalan Tasik Biru, di sini, jam 11.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, kedua-dua mereka ditahan di dalam sebuah kenderaan Toyota Hi-Ace berwarna putih.
 "Kedua dua  mereka telah gagal memberikan alasan yang munasabah
dan didapati ingkar arahan PKP.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas van turut menjumpai 60 kotak  bir Tsingtao," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mereka juga gagal menunjukkan sebarang dokumen untuk menjual atau membeli minuman jenis alkohol tersebut. 

"Kedua-dua suspek ditahan bersama barang rampasan dan ditangkap di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempat Jangkitan 2020), Akta Kastam 1967 Seksyen 135(1) (d) / Akta Eksais 1976 dan  Seksyen 15(1) Akta Imigresen 1959/63," ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »