BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Indonesia catat 6,000 kes, 535 mati

 
JAKARTA, 18 April (Bernama) -- Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat melepasi angka 6,000 dengan 535 kematian.

Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto berkata sebanyak 325 lagi kes baharu, menjadikan kes positif yang dikesan di semua 34 wilayah di Indonesia, meningkat kepada 6,248 kes.

"Bagi tempoh 24 jam juga, sejak 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 15 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 535 kes," katanya.

Provinsi Jakarta terus mencatatkan peningkatan kematian membimbangkan dengan tujuh lagi kematian dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kematian di Jakarta akibat COVID-19 kini berjumlah 253 kes, diikuti Jawa Barat (56 kes), Jawa Timur (49), Jawa Tengah (41) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- Bernama

Kredit Gambar Facebook 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »