BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Individu, kontak segera buat saringan






KUCHING: Individu (ahli keluarga) yang telah mengambil bahagian dalam Seminar Kepimpinan yang dianjurkan oleh Gereja Good News Fellowship pada 26 pada 28 Februari 2020 digesa membuat saringan COVID-19  dengan segera.

Sarawak Disaster Information dalam kenyataan berkata, mereka boleh berbuat demikian di Kompleks Sukan Belia & Sukan Sarawak, Kuching yang dibuka pada setiap hari.

Pemeriksaan jsaringan dibuka dari jam  8:00 pagi hingga 5:00 petang (buka setiap hari) dan maklumag lanjut boleh menghubungi talian 082-230 849 dan 082-230 837.

Sebelum ini, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian mengeluarkan kenyataan, Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan akan mengadakan saringan kesihatan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Menurutnya, program saringan berlangsung di Dewan Suarah Kota Smaraahan dari jam 8.30 pagi hingga 11 pagi dan 1 petang hingga 3 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat termasuk Sabtu dan Ahad.

Beliau berkata, peserta Majlis Jerayawara Wawasan Ummah Gemilang Majlis Islam Sarwaak (MIS) pada 10 Mac di Dewan Suara Kota Samarahan diminta untuk membuat saringan.

Menurutnya, mereka yang diminta hadir ialah kontak kepada kluster, staf dan pelajar SMK Kota Samarahan, kontak kepada kluster Good News Fellowship dan individu terdedah kepada pesakit COVID-19. 

"Sekiranya anda dalam diatas anda diminta untuk datang membuat saringan dengan kadar segera," katanya.

Maklumat lanjut boleh menghubungi talian 082 672101.




Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »