BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

HUS kaji ubat rawat COVID-19

KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) terima pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai hospital penyelidikan klinikal.

Ia selepas HUS mendaftarkan pesakit dalam percubaan solidariti kajian beberapa jenis ubat bagi merawat COVID-19.

Selain HUS, Hospital Sungai Buloh turut mendapat pengiktirafan sama selepas melakukan perkara sama.

Percubaan tersebut dijalankan pada 21 April terhadap seorang pesakit Hospital Sungai Buloh dan manakala percubaan kedua terhadap pesakit HUS dijalankan pada 22 April.

Menyambut baik pengumuman tersebut, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menyifatkan pengiktirafan itu membuktikan HUS mempunyai rekod yang baik dalam mengendalikan penyelidikan klinikal.

“HUS adalah hospital yang melakukan fasa pertama dan fasa awal dalam fasiliti penyelidikan khusus dan yang terbaik di dunia.

“Dalam penyelidikan ini, ini adalah sebahagian sumbangan Sarawak kepada dunia jika sesuatu terhasil melalui penyelidikan ini," katanya dipetik Astro Awani.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »