BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hubungi segera ketua masyarakat jika tahu ada orang perlukan bantuan, Dr Sim


KUCHING: Bekalan makanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April mencukupi sehingga tiga bulan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, rakyat di negeri ini mempunyai bekalan beras, gula, minyak masak dan tepung sehingga tempoh tersebut.
“Sebanyak 800 pusat jualan atau kedai runcit terletak di luar bandar Sarawak di seluruh negeri mencukupi sepanjang tempoh ini walaupun berlaku kekangan logistik berikutan PKP,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Sim berkata, pihak bomba dan askar turut membantu melancarkan penghantaran bekalan makanan ke luar bandar.

Katanya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg memperuntuk sebanyak RM16.8 juta untuk bantuan bekalan makanan kepada yang terjejas oleh PKP.

Mengulas mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Samarahan yang dipengerusikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sebelum ini, Sim berkata Jabatan Kebajikan Sarawak akan membantu melancarkan bekalan makanan.
“Penduduk di kawasan itu dinasihatkan berhubung terus dengan pejabat daerah, tidak perlu memberikan maklumat epribadi kepada pihak tertentu yang mahu membantu secara sukarelawan. Kita bimbang pihak itu menipu dan mahu mendapatkan maklumat peribadi,” kata Sim.

Bagi memastikan orang awam yang memerlukan menerima bantuan makanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat semasa PKP, SUPP cawangan Kuching turut menghantar senarai keluarga kepada Pejabat Residen.

Senarai setakat 2 petang pada 29 Mac ialah, Padungan (271 keluarga); Pending (311 keluarga); Batu Lintang (5,156 keluarga); Kota Sentosa (522);Batu Kitang (5,799) dan Batu Kawa (1,370)

Sekiranya anda memerlukan bantuan bekalan makanan atau tahu orang lain yang memerlukan semasa PKP, sila berhubung dengan wakil di talian:


Padungan:
Jong Yean Pin (0168864855)
Bong Lian Huan (0128978181)
Stanley Lau (0165243519)
Iu Cho Heng (0198885363)
KK En. Suib (0138096003)

Pending:
Tan Kai ( 0138085165 )
Milton Foo (0128868682)
Kho Teck Wan (0128331699)
Chong Teck Miaw ( 0128814980 )

Batu Lintang
Sih Hua Tong (013-8112168)
Kapitan Chong Piang Men (016-8099250) 
Pemanca John Tambie
(013-8369822)
Penghulu Giam Ann Kee (0196-8605469)
Penghulu Lucy Lingam(016-5256514)
Penghulu Alex Pui (019-8162030)
Penghulu Gunting (019-4538546)
Cr. Lim Swee Chiaw (019-8861666)
Kapitan Tan Keng Yew(016-8867733)
Chai Siaw Fong (012-8483266)
Katherine Voon (0128996244)
Law Seng Kwang(010-9824875)
Kueh Siaw Foong (013-8034168)

Kota Sentosa
Wilfred Yap (0198887688)
Philip Liaw (0168611233)
Helen Tan (0168984679)
Lee Jun Choi (019-8292795)
Yeo Eng Kwang (019-8896918)
Penghulu Lai Boon Khee (012-8882278)
Kapitan Lee Tho Hung (019-8596695)

Batu Kitang
YB Lo Khere Chiang (0138188088)
Penghulu Lim Eng Huat (019817 0317)
Penghulu Sabtuyah (0198393781)
Penghulu Thian Sing Hwa (0128086996)
Cr Shirley Pui (01982783)Cr Moliadi (0138465535)
Cr Amy Tnay (0168880060)
Cr Jong Thian Keong (0138029061)
Lee Chia Soon (0167226812)

Batu Kawa
Cr Bong Yi Sien (0106669216)
Lucas Tan (0168627283)

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »