BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hilang tempat tinggal sekelip mata


DARO:Sebuah rumah setingkat di Kampung Tengah Daro terbakar, menyebabkan tiga penghuni hilang tempat tinggal.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 4.21 petang.
"Kebakaran melibatkan sebuah rumah  setingkat jenis tidak kekal terbakar 100 peratus,"katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun,katanya,semua penghuni berjaya menyelamat diri.
"Pasukan Bomba menggunakan satu aliran 300 kaki dan dua nozel untuk memadam sisa-sisa kebakaran tersebut sehingga api padam sepenuhnya," ujarnya.

Katanya, operasi memadam kebakaran tamat sepenuhnya pada jam 5.38 petang.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »