BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Harga RON95 RM1.30

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun lapan sen seliter, masing-masing kepada RM1.30 dan RM1.60 seliter, berkuat kuasa tengah malam ini sehingga 10 April ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini, turut memaklumkan harga runcit diesel turun sebanyak 10 sen seliter kepada RM1.58.

“Penurunan harga runcit produk petroleum ini adalah disebabkan trend harga minyak mentah dunia yang terus menurun ekoran ketidaktentuan ekonomi global akibat pandemik COVID-19.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »