BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Harga ikan, sayur masih mahal

KUCHING: Persatuan Pengguna Bumiputera Sarawak (PPBS) mendapati harga beberapa item barangan di beberapa pusat penjaja Kubah Ria melebihi harga siling yang ditetapkan.

Ia berdasarkan pemantauan harga barangan harian yang dilakukan dan perlu mendapat perhatian pihak kerajaan.

Cili merah tempatan di antara RM20.00 - RM24.00/kg, bawang merah (kecil) India di antara RM8.00 - RM10.00/kg, sawi bunga di antara RM4.50 - RM6.00/kg dan ayam ekor di antara RM8.50 - RM9.50/kg dan ikan kembung sejuk beku di antara RM10.00 - RM15.00/kg.
Menurut para peniaga, mereka menerima bekalan dengan harga yang berbeza-beza setiap hari bergantung kepada stok bekalan yang berjaya dibawa masuk ke Kuching. 

Difahamkan stok bekalan sayur-sayuran dan hasil pertanian lain tidak dapat dibawa keluar dari kebun atau ladang kerana faktor PKP.

Pengerusi Persatuan Pengguna Bumiputera Sarawak, Datuk Seri Azman Samaon berkata, sekatan pergerakan 10 km dari kediaman menyebabkan pengedaran bekalan sayur dari luar Kuching amat terhad. 

Menurutnya, bekalan ikan segar juga amat terhad dan tidak banyak pilihan.

"Pada masa ini kebanyakan ikan yang dijual adalah ikan sejuk beku. Di luar Kuching, terutama di Sadong Jaya, Sebuyau, Kabong dan Mukah adalah musim ikan terubok, namun tidak dapat dihantar ke Kuching," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mencadangkan, kerajaan memberi permit khas kepada pengedar dan pemborong hasil pertanian untuk bergerak membawa bekalan dan stok ke Kuching. 

"Pihak FAMA di bahagian-bahagian boleh menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian sebelum di bawa ke Kuching atau bandar-bandar lain. Jika bekalan mencukupi, maka kenaikan harga dapat dibendung," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »