BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hanya jual atas talian, tiada jualan di luar rumah


KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri  (JPBN) mengumumkan langkah drastik peniaga hanya dibenarkan untuk menjual barangan makanan atas talian iaitu melalui e-Bazar Ramadan.

Ahli Jawatankuasa Operasi Covid-19 Negeri Datuk  Karim Rahman Hamzah berkata, waktu yang dibenarkan untuk berniaga ialah dari 7.00 pagi hingga 7.00 petang.

"Setelah mempertimbangkan pelbagai pandangan dan cadangan pelbagai pihak tentang keputusan iaitu membenarkan peniaga barangan makanan semasa bulan Ramadan, maka pihak JPBN telah bersetuju untuk memutuskan bahawa arahan terbaharu peniaga hanya dibenarkan untuk menjual barangan
makanan atas talian iaitu memalui e-Bazar Ramadan," katanya pada sidang media harian hari ini. 

Semalam, JPBN membenarkan peniaga makanan beroperasi di pekarangan kediaman dalam lingkungan terhad 
secara takeaway.

Waktu beroperasi pula dibenarkan dari jam 3 petang hingga 10 malam.

Pengumuman semalam, mendapat kritikan dan pelbagai padangan daripada netizen yang ditular menerusi media sosial. 

Karim berkata, dalam usaha untuk merumus beberapa keputusan yang melibatkan kepentingan awam, jawatankuasa amat peka dengan pandangan konstruktif yang telah disuarakan oleh orang ramai.

Menurutnya, peniaga dan orang ramai yang ingin mendaftar untuk berurusniaga melalui jual beli di atas talian, bolehlah memuat naik beberapa aplikasi yang telah disediakan seperti HELPY Services, Grab Food dan Food Panda.

"Ia termasuk aplikasi pembekal-pembekal makanan lain yang menyediakan perkhidmatan penghantar atau rider," katanya.

Beliau berkata, atas tujuan untuk menjamin keselamatan dan kebersihan penyediaan makanan, pembekal-pembekal makanan disarankan untuk mendaftar dengan Majlis-Majlis Tempatan di kawasan masing-masing.

Kredit gambar Facebook Berjajak Ramadan 

Salam... Kmk ada jual ROTI JOHN AYAM.... kmk ada cod ESOK HARI...... BOLEH WSSP KMK... 

ROTi JOHN AYAM
👇👇👇👇👇👇
1-Rm4
3-Rm10
ROTI JOHN SPECIAL AYAM
RM5

BOLEH WASSP KMK
0149772309



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »