BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hanya bot mangsa dijumpai

ASAJAYA:Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) nelayan yang hilang di perairan di sini yang ditangguhkan petang semalam, diteruskan jam 7.30 pagi ini.

Pengarah APMM Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh Geok Chuan berkata,pada hari pertama, pasukan CARILAMAT telah melaksanakan operasi pencarian seluas 5 batu nautika persegi membabitkan penglibatan nelayan setempat.

"Usaha pencarian agak terhad, laut bergelora dengan ketinggian ombak mencecah hampir dua meter," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam kejadian awal pagi semalam, mangsa yang dilaporkan hilang ialah Hamzah Dipi,49. 

Kali terakhir ditemui semasa keluar ke laut , mangsa memakai baju kelabu. 

Katanya, bot mangsa telah dijumpai pada jarak lebih kurang 3 batu nautika dari pantai.

"Selain aset Maritim Malaysia, operasi CARILAMAT ini turut disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam yang terdiri daripada komuniti nelayan setempat,"ujarnya.

Beliau berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching menerima aduan seorang nelayan dilapor hilang ketika keluar ke laut pada 12.30 tengah hari semalam. 

"Bertindak atas aduan tersebut, Maritim Negeri Sarawak telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) 15 minit kemudian. 

"Kita dengan segera telah mengaturgerak aset ke lokasi kejadian sebaik sahaja aduan diterima,"jelasnya.

Maritim Malaysia meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau sebarang penemuan di laut untuk menghubungi talian 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544 yang beroperasi 24 jam.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »