BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hampir 20,000 ditahan ingkar perintah kuarantin di Argentina

BUENOS AIRES, 1 April -- Polis Argentina menahan hampir 20,000 orang kerana melanggar peraturan kuarantin, lapor agensi berita Sputnik memetik media pada Rabu.

Perintah kuarantin di negara itu dilaksanakan sejak 20 Mac-31 Mac, kemudian dilanjutkan sehingga 12 April.

Sehingga Selasa, sejumlah 19,939 orang ditangkap, 1,597 kenderaan disita, menurut saluran TN Argentina.

Rakyat perlu mendapatkan permit khas untuk melakukan perjalanan menggunakan kenderaan peribadi. Jika gagal, boleh dikenakan denda atau kereta dirampas, sehingga tempoh kuarantin tamat.

Argentina setakat ini melaporkan 1,054 kes COVID-19 termasuk 27 kematian.

- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »