BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hampir 100,000 pelajar dibenarkan pulang ke rumah

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi kelonggaran kepada pelajar yang masih di kampus untuk pulang ke rumah masing-masing dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata proses membawa pelajar berkenaan pulang sedang dirancang kerajaan dengan nasihat Kementerian Kesihatan.

Katanya, jumlah pelajar hampir 100,000 orang dengan proses membawa pulang perlu dirancang secara teliti bagi memastikan ia teratur dan tidak menyebabkan risiko jangkitan COVID-19.

"Sebelum dibenarkan pulang, semua pelajar ini akan dipastikan benar-benar sihat dan tidak mempunyai gejala COVID-19.

"Kepada anak-anak kita yang berada di kampus, insya-Allah dalam tempoh tak berapa lama lagi, anda semua boleh pulang ke pangkuan keluarga.

"Butiran terperinci mengenai pergerakan pulang ini akan diumumkan kerajaan dalam masa terdekat. Jadi, kepada ibu bapa sabar dulu.

"Beri sedikit masa kepada pihak kementerian yang berkaitan untuk menguruskan perkara ini. Saya tahu anda semua rindukan anak masing-masing. Insya-Allah, dalam sedikit masa lagi, anak-anak anda dah boleh berada di rumah. Yang penting mereka semua boleh pulang dengan selamat," katanya dalam perutusan khas, malam ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »