BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Gagal temui mangsa, operasi SAR cari warga emas dihentikan


KUCHING: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) lelaki warga emas yang hilang ketika menjala udang di sungai Loba Rambungan,Telaga Air, di sini Selasa lalu  dihentikan petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,operasi SAR yang memasuki hari ketujuh hari ini ditamatkan jam 4 petang sehingga ada petunjuk baru ditemui.
"Keputusan menangguhkan operasi SAR dipersetujui keluarga mangsa,"katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian Selasa lalu,mangsa, Mohamed Ehwan @Ikhwan Mohamed, 64, keluar menjala di sungai berkenaan pada jam 3 petang.

Kali terakhir mangsa dilihat menggunakan pakaian berwarna kuning dan bertopi hijau.

Hanya peralatan menjala mangsa di jumpai di tempat kejadian.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »