BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Empat penerbangan ke Bario hari ini

MIRI: Penghantaran pertama bekalan makanan menggunakan helikopter TUDM ke Bario  bermula jam 7.30 pagi tadi.

Penerbangan dari Lapangan terbang Miri dan tiba ke Bario kira-kira jam 8.45 pagi.

Timbalan Speker DUN Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Dato Gerawat Gala berkata, TUDM menjadualkan empat kali penerbangan ke Bario hari ini.

Menurutya, TUDM menghantar bekalanmakanan kepada penduduk di Lg Sait, Lg Lellang, Ba Lai dan Pa Tik A pada esok.

"Terima kasih kepada TUDM untuk penerbangan ini. Dengan penghantaran penerbangan TUDM semua pek makanan untuk N.78 Mulu akan selesai," katanya.

Dalam sidang media berasingan, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, penghantaran makanan menggunakan helikopter ke kawasan Bario bermula hari ini.

Menurutnya, seperti yang dimaklumkan oleh TUDM, penghantaran makanan 
menggunakan helikopter akan mengambil masa dalam 4 hingga 5 hari, 
tertakluk kepada keadaan cuaca.

"Bagi penghantaran makanan ke kawasan pedalaman yang tidak boleh 
atau sukar dihubungi melalui jalan darat seperti Bario, Telang Usan, 
Baram, Lawas, Sri Aman dan Kapit, pihak Tentera Udara Diraja Malaysia 
(TUDM) dengan kerjasama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan 
BOMBA, telah bersetuju untuk membantu penghantaran makanan 
menggunakan helikopter.

"Hari ini, kita menyaksikan permulaan penghantaran makanan menggunakan helikopter ke kawasan Bario," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau menasihatkan semua pihak supaya supaya bertenang dan bersabar menunggu bantuan bekalan makanan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »