BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua juta topeng diagih 520,647 KIR




KUCHING: Sebanyak dua juta topeng muka dari China sudah tiba hari ini dan diserahkan kepada Jawatankuasa Bencana Negeri. 

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, topeng muka berkenaan akan diagihkan percuma kepada 520,647 Ketua Isi Rumah (KIR) di kesemua Bahagian dan Daerah dengan keutamaan kepada Zon Merah.

"Saya merakamkan ucapan terima kasih Kerajaan Sarawak kepada 20 penderma korporat setakat ini yang telah bermurah hati menyumbang sejumlah RM13.86 juta kepada Tabung COVID-19 Sarawak. Dana ini akan dibelanjakan untuk pelbagai urusan operasi dalam tempoh PKP ini," katanya dalam kenyataan media selepas mempengerusikan Mesyuarat Keselamatan Negeri (MKN) pagi tadi.

Dalam pada itu, beliau berpuas hati dengan operasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sarawak yang berjalan dengan baik dan terkawal.

Menurutnya, operasi penagihan makanan yang bermula Ahad lepas juga berjalan dengan lancar. 

Katanya, keselamatan di perbatasan terus dipantau dengan rapi khususnya untuk mengekang kemasukan warga asing dari negara jiran ke Sarawak dalam tempoh PKP.

"Kami merakamkan berbanyak terima kasih kepada pihak tentera, polis dan sukarelawan yang telah menyumbangkan bakti dengan pengawasan para pemimpin setempat untuk mempastikan operasi penagihan dilaksanakan secara tersusun, khususnya untuk kawasan luar bandar dan pedalaman," katanya.

Gambar fail. 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »