BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dr Jerip positif COVID-19


KUCHING: Menteri Muda Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil disahkan positif COVID-19.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mambong itu dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) malam tadi.

Difahamkan Dr Jerip dipercayai dijangkiti wabak itu selepas seorang pekerjanya positif Covid-19 ketika menghadiri persidangan gereja, Good News Fellowship Conference Church, baru-baru ini.

Kini, semua orang terdekat Dr Jerip iaitu isteri termasuk pegawai tadbir khas dan pemandunya diarahkan menjalani kuarantin di rumah.

Pada hari ini, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Dr Sim Kui Hian turut menjalani kuarantin selepas beliau  antara yang menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Khas Rantaian Bekalan Makanan COVID-19, Jumaat lalu lalu.

Beliau adalah ahli Kabinet Sarawak yang keempat diarah menjalani kuarantin diri di rumah selama 14 hari, selepas dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah

Dr Sim berkata, dia mengambil langkah berjaga-jaga mengkuarantinkan diri di rumah walaupun tidak batuk dan demam serta tidak positif COVID-19.
 
"Walaupun saya baik (tiada batuk, tiada nafas, tidak demam), saya tidak COVID-19 positif ia sebagai sebahagian daripada SOP untuk mengkuarantinkan diri di rumah.

"Saya berdoa untuk pemulihan cepat semua orang, keselamatan frontliners, untuk Sarawak untuk memerangi perang COVID 19.

"Pls Stay Home. Itulah satu-satunya cara anda boleh menghentikan jangkitan dan berhenti dijangkiti," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »