BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Diserbu leka main Blackjack

SIBU: Lapan lelaki ditangkap Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu ketika leka bermain judi Blackjack petang semalam.

Kesemua lelaki tempatan yang berumur antara 22 hingga 32 tahun itu diserbu
di sebuah kedai tingkat 2, Blok 3 Sibu Town District di sini kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar jam 3.45 petang.

Ketua Polis Daerah Sibu,Asisten Komosioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, turut dirampas ialah sebuah meja, lapan buah kerusi plastik, 52 keping daun terup, 297 keping cip pelbagai nilai dan wang tunai berjumlah RM364.

"Kesemua suspek yang dibawa ke balai untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953 dan Perkara 11 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawalan Tempatan Jangkitan) 2020.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »