BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Didakwa 5G boleh sebar Covid-19, 20 menara telekomunikasi UK dirosakkan

LONDON, 7 April (Bernama) -- Sekurang-kurangnya 20 menara telekomunikasi di United Kingdom (UK) dibakar atau dirosakkan sejak beberapa hari lalu, selepas timbul dakwaan mengatakan rangkaian 5G boleh menyebarkan wabak (COVID-19), lapor agensi berita Sputnik memetik laporan The Guardian.

Terdapat siri vandalisme menara telekomunikasi di sekitar Liverpool dan West Midlands. Disebabkan perkhidmatan 5G yang perlahan di UK, banyak menara yang dirosakkan meskipun menara terbabit tidak memiliki teknologi dan peralatan 5G.

Menurut The Guardian, MobileUK, yang menggabungkan empat rangkaian mudah alih utama di UK, mengeluarkan surat terbuka meminta pelanggan membantu usaha menghentikan serangan itu. 

"Kami berdepan kes vandalisme ia menyebakan gangguan terhadap infrastruktur penting dan penyebaran maklumat palsu menunjukkan hubungan antara 5G dengan pandemik COVID-19. Tiada bukti saintifik lagi setakat ini," menurut surat itu.

"Tolong bantu kami untuk menghentikannya. Jika anda lihat terdapat perbuatan vandalisme terhadap kemudahan kami sila laporkannya. Jika ada maklumat tidak benar sila hubungi kami. 

Bantuan anda ketika ini sangat bermakna," katanya.
-- Bernama

Gambar hiasan

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »