BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Denda RM2,000 tipu jual topeng muka


TAMPIN, 24 April (Bernama) – Seorang mekanik didenda RM2,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Tampin di sini terhadap pertuduhan menipu berkaitan penjualan penutup hidung dan mulut, Mac lepas. 

Majistret Tan Chai Wei mengarahkan tertuduh Ng Wing Ken, 29, menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda itu. Tertuduh membayar denda itu.

Ng dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Suria, di sini pada 9.20 malam, 22 Mac lepas mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mengikut kertas pertuduhan, seorang lelaki berumur 41 tahun telah memasukkan RM90 ke dalam akaun bank diberikan tertuduh bagi membeli penutup hidung dan mulut yang diiklankan di Facebook oleh tertuduh dan menyedari ditipu apabila barang yang dijanjikan tidak dihantar selain mesejnya disekat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fuad Ramlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-- BERNAMA

Gambar hiasan 
 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »