BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

DEKOMS cadang perniagaan di kawasan hijau dibenarkan


KUCHING: Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya beberapa sektor perniagaan di kawasan hijau di Sarawak dibenarkan untuk beroperasi dengan langkah-langkah kawalan mengikut peraturan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Presidennya,Bujang Boji Sitam berkata,
beberapa sektor perniagaan yang tidak terdedah kepada risiko penularan wabak COVID-19 hendaklah diberikan pertimbangan serius supaya dibenarkan beroperasi bagi mengurangkan bebanan kewangan usahawan kecil semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

"Sebagai contoh, kegiatan pasar tani yang dikendalikan oleh Lembaga Pemasaran Dan Pertanian Persekutuan (FAMA) di kawasan luar bandar boleh diaktifkan semula bagi memberi ruang kepada usahawan desa memasarkan produk pertanian mereka yang disimpan terlalu lama boleh mendatangkan kerugian. 

"Sebanyak 65 peratus kawasan di Sarawak diisytiharkan sebagai kawasan hijau bebas COVID-19, terutama di kawasan luar bandar,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,Jawatankuasa Pengurusan Bencara Negeri (JPBN) hendaklah mengkaji beberapa aktiviti perniagaan yang boleh dibenarkan bagi memastikan sektor ekonomi di kawasan luar bandar tidak lumpuh apatah lagi dengan keputusan kerajaan melanjutkan tempoh PKP sehingga 12 Mei ini.

"DEKOMS menyambut baik keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh PKP fasa keempat untuk tempoh 14 hari lagi dari 29 April sehingga 12 Mei 2020 bagi membendung penularan COVID-19, sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri malam tadi.

"Dalam masa yang sama, DEKOMS juga menggesa supaya kawasan yang berisiko tinggi di Sarawak seperti daerah Kuching dan Samarahan yang sudah disahkan sebagai kawasan merah dikenakan PKP yang lebih ketat bagi membendung COVID-19,"katanya.

Beliau berkata,di daerah Kuching, Petra Jaya dan Matang khususnya, beberapa kawasan membeli-belah masih lagi dikerumuni orang ramai manakala pergerakan lalu lintas masih terlalu sibuk setiap hari sedangkan kes COVID-19 masih lagi berleluasa.

"DEKOMS menyambut baik keputusan JPBN yang mengehadkan tempoh jualan makanan semasa bulan Ramadan dari jam 7 pagi hingga 7 malam sahaja seperti mana yang diumumkan oleh Timbalan Pengerusi JPBN, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah semalam.

"Berikutan langkah kerajaan menggalakkan kegiatan perniagaan secara online atau e-bazar Ramadan, maka permintaan terhadap sektor penghantaran makanan secara cash on delivery (COD) akan meningkat dengan mendadak,"katanya.

Katanya,DEKOMS menggesa pihak kerajaan supaya kegiatan perniagaan COD dibenarkan juga kepada syarikat-syarikat tempatan yang berlesen atau ahli-ahli NGO yang berdaftar bagi meningkatkan jumlah penghantar makanan disebabkan jumlah pekerja Food Panda dan Grab Food amat terhad di pinggir bandar.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »