BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

#Day4: ATM Teruskan Bantuan Penghantaran Bekalan Malanan Ke Pedalaman Sarawak

KUCHING - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meneruskan khidmat bakti dalam menyalurkan bantuan bekalan makanan ke kawasan pedalaman di Sarawak melalui koordinasi padu Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMTTD) dan pasukan No 5 Skuadron EC725 dari Pangkalan Udara Labuan. 
Lapor Markas ATM, sejumlah 18 penerbangan diperlukan bagi menghantar bekalan makanan ke 13 lokasi iaitu di Bario, Long Sait, Patik, Ba Lai, Long Lellang, Long Loyang, Long Sobeng, Long Aton, Long Akah, Long Apu, Long Anap, Apau Nyaring dan Long Palai.
Bantuan bekalan makanan ini meliputi barangan seperti beras, minyak dan gula dengan jumlah keseluruhan sebanyak 1,959 bungkusan.
Di Miri, pasukan 20 RAMD terlibat dalam membantu mengangkut naik dan turun barangan untuk diterbangkan ke lokasi-lokasi di Long Sobeng, Long Aton dan Long Akah hari ini.
Memasuki hari ke-4 misi penghantaran bekalan ini, 9 lokasi telah berjaya dihantar dan baki 4 lokasi lagi dijangka selesai dalam masa terdekat bergantung kepada keadaan cuaca.
ATM akan melaksanakan misi penghantaran bekalan ini sebaik mungkin dalam memastikan rakyat di Sarawak terutama di pendalaman tidak terputus bekalan makanan di sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »