BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

'Datuk' antara dua ditahan bersama peralatan curi kenderaan

NIBONG TEBAL, 19 April (Bernama) -- Polis menahan dua lelaki termasuk seorang bergelar Datuk dan merampas pelbagai peralatan mencuri kenderaan serta sepucuk pistol angin dalam sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Plaza Tol Jawi di sini, awal pagi ini.

Polis yang menjalankan Op COVID-19 menahan kereta jenis Toyota Vellfire dinaiki dua lelaki itu dalam pemeriksaan pada 2 pagi selepas mereka dilihat mencurigakan serta gagal memberi alasan munasabah berada di luar ketika PKP.

Sumber berkata pemeriksaan dalam kereta dinaiki dua lelaki itu, polis menemui pelbagai peralatan untuk mencuri kenderaan serta sepucuk pistol angin dan nombor pendaftaran pada kereta tersebut juga didapati palsu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penahanan tersebut, dan siasatan lanjut masih diteruskan.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »