BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

DAP bantu 2,500 keluarga


KUCHING: Seramai 2,500 keluarga sekitar Kuching, Stampin dan Samarahan menerima bantuan makanan daripada Pusat Perkhidmatan Parti Tindakan Rakyat (DAP) Kuching dan Stampin.

Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen berkata, bantuan berkenaan disampaikan dalam tempoh empat hari sejak 6 April hingga semalam.
Chong menerusi perkongian di Facebooknya memberitahu, bantuan termasuk beras, ayam, kobis, biskut, kentang, makanan tin, gula, telur, minyak masak dan sayur-sayuran.

“Saya ingin tegaskan bantuan ini bersifat sementara yang disediakan oleh Pusat Perkhidmatan DAP sementara menunggu bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.”
“Kita tidak dapat membantu dalam jangka masa panjang kerana kekangan peruntukan dan tenaga kerja. Hanya kerajaan dapat membantu menggunakan hasil kutipan cukai,” katanya lagi.

Chong turut berterima kasih kepada pihak yang membantu termasuk sukarelawan untuk membungkus, menghantar dan mengagihkan bantuan itu kepada keluarga yang memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya, pengagihan bantuan makanan asas akan dimulakan keesokan hari.

“Terima kasih kepada semua penderma yang bermurah hati mendermakan makanan dan dana. Selamat beristirehat dan selamat meraikan Jumaat Agung kepada mereka yang beragama Kristian,” katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »