BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: Zon Merah tiada bertambah, kekal 26 daerah


KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah, setakat 12 tengah hari semalam, dengan Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kes tertinggi positif COVID-19, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM). 

Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini, daerah berkenaan merekodkan 459 kes. 

Selain Lembah Pantai, daerah Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan kes kedua dan ketiga tertinggi dengan 378 dan 335 kes. 

Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,183 kes manakala kes terendah di Labuan iaitu 15 kes.

Sementara itu, Malaysia mencatatkan kedudukan kekal dalam senarai negara dijangkiti pandemik COVID-19 di dunia, iaitu negara menghuni tangga ke-34 semalam (11 April) dengan 4,530 kes positif dan 73 kematian.

Berikut adalah senarai lokasi zon merah lain seluruh Malaysia: 
 
Perak KES
Hilir Perak 66
Kinta    98
   
Selangor  
Sepang 61
Petaling 335
Hulu Langat 378
Gombak 125
Klang 169
Hulu Selangor 45
   
Kuala Lumpur  
Cheras 69
Kepong 119
Lembah Pantai 459
Titiwangsa 112
   
Putrajaya 51
   
Negeri Sembilan  
Seremban 213
Rembau 53
   
Melaka  
Jasin 67
Melaka Tengah 46
   
Pahang  
Kuantan 76
Jerantut 64
   
Johor  
Batu Pahat 51
Kluang 183
Johor Bharu 176
   
Kelantan  
Kota Bharu 88
   
Sarawak  
Kuching 215
Kota Samarahan 47
   
Sabah  
Tawau 70
   
JUMLAH 3,436
 
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »