BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: Sanggup ingkar PKP, ketagih main mahjong

SIBU: Ketagih main mahjong, enam lelaki sanggup ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan berjudi di sebuah premis di Pasar Durin,di sini, hari ini.

Bagaimanapun, enam lelaki berusia 41 hingga 72 itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Sibu dalam Op Dadu sekitar jam 3.40 petang ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komosioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, pihaknya turut merampas meja kayu, kerusi plastik, buah mahjong, buah dadu, buah petunjuk dan sejumlah wang tunai dalam serbuan itu,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ke semua suspek telah diambil keterangan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Tangkapan kesemua suspek dilakukan di bawah Perkara 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Dalam Kawasan Tempat Kejadian 2020) dan Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »