BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19: Pasukan pakar perubatan China tiba di Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Pasukan pakar perubatan dari China tiba di Malaysia pada Sabtu untuk membantu negara ini menangani wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Terdiri lapan orang pakar, ketibaan pasukan itu disambut Duta Besar China ke Malaysia Bai Tian dan pegawai Kementerian Kesihatan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Mereka akan berada di Malaysia selama dua minggu untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran dalam memerangi COVID-19, kata duta besar China.

"Ini adalah masanya untuk kerajaan serta rakyat China dan Malaysia bekerjasama, saling membantu menghadapi kesulitan. Ia melambangkan hubungan yang kukuh dan erat antara China dan Malaysia," tambah Bai.
-- Bernama

Kredit gambar China Xianhua News

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »