BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: Lima kematian di kawasan status PKPD


PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Terdapat lima kes kematian COVID-19 dari kawasan yang berstatus Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kematian itu membabitkan kes ke-1114, kes ke-2627, kes ke-1649 dan kes ke-1251 dari Bandar Baru Ibrahim Majid dan kawasan di sekitarnya, serta kes ke-1906 dari Menara Plaza City One.


Hasil daripada pelaksanaan PKPD di kawasan terlibat, 13,277 sampel ujian pengesanan COVID-19 telah diambil dengan 796 kes dikesan positif COVID-19.

"Sehingga 20 April 2020, kerajaan telah mengeluarkan enam arahan PKPD secara berperingkat melibatkan 10 lokaliti iaitu Bandar Baru Ibrahim Majid, kawasan di sekitar Bandar Baru Ibrahim Majid, Kampung Sungai Lui, kawasan di sekitar Kampung Sungai Lui, Menara Plaza City One, Malayan Mansion, Selangor Mansion, Masjid India dan kawasan sekitarnya,"

"Terkini, di Pusat Bandar Utara, Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur," katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, PKPD dilaksanakan di beberapa lokasi berisiko tinggi sejak 27 Mac lepas bagi membantu KKM dalam menjalankan aktiviti pendekatan tertumpu untuk membendung penularan jangkitan COVID-19 seperti bancian penduduk, Active Case Detection (ACD) rumah ke rumah, pengambilan sampel, aktiviti disinfeksi berkaitan dan promosi kesihatan.

Bagi kes yang disahkan positif COVID-19, mereka akan diasingkan dan diberi rawatan.

Sementara itu, beliau berkata tujuh kluster menunjukkan penambahan kes baharu, setakat hari ini.

“Bagi kluster Magetan Jawa Timur, terdapat 11 kes baharu; kluster Persidangan Gereja, tiga kes dan kluster pesakit dalam siasatan (PUI) Bali dengan dua kes.

“Manakala kluster PUI Itali, kluster Sendayan, kluster Petugas Kesihatan Kuching dan kluster Pasar Borong masing-masing dengan satu kes,” katanya.

Sehingga kini, terdapat lebih 30 kluster COVID-19 yang aktif dikesan di negara ini.

--BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »