BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19: Korban di Brazil melebihi 1,000 orang

RIO DE JANEIRO, 11 April (Bernama) -- Angka korban COVID-19 di Brazil mencecah 1,056 orang dan jumlah kes 19,638 dengan peratusan kematian sebanyak 5.4 peratus, umum kerajaan Brazil pada Jumaat. 

Kementerian Kesihatan berkata dalam tempoh 24 jam lalu, terdapat peningkatan kes kematian sebanyak 12 peratus dan 10 peratus kes positif, lapor agensi berita Xinhua.

Negeri terkaya dan paling ramai penduduk iaitu Sao Paulo, mencatatkan jumlah kematian paling ramai 540 orang dan 8,216 kes, diikuti Rio de Janeiro 147 kematian dengan 2,464 kes manakala Ceara melaporkan 58 kematian dan 1,478 kes.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »