BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: Keluar jumpa kawan, lelaki mencurigakan ditangkap


KUCHING: Beri alasan mahu keluar berjumpa kawan, seorang lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan ditangkap kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Suspek berusia 38 tahun itu dari Petra Jaya itu ditahan untuk pemeriksaan sekitar jam 6.30 petang semalam di belakang sebuah kedai di Jalan Matang, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, pemeriksaan yang dilakukan pihak polis menemui beberapa peralatan yang mencurigakan dibawa oleh suspek.

"Antara barang-barang yang dirampas ialah spanar boleh laras, lapan unit spanar pelbagai saiz, dua playar, besi kikir, dan pemutar skru,"katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, suspek ditahan di lokap Balai Polis Siburan untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Peratuan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah dalam kawasan Tempat Kejadian) 2020 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »