BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: JKM selamatkan 35 gelandangan di Miri

MIRI : Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) menyelamatkan seramai 35 gelandangan dalam Ops Menyelamat Gelandangan di sekitar bandar raya Miri hari ini berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19 pada masa ini .

Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Miri, Lau Ngee Wei berkata, kesemua gelandangan yang diselamatkan itu ditempatkan sementara di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah di sini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

"Kesemua mereka diselamatkan di beberapa lokasi termasuk di Taman Tunku, Tudan dan di kawasan bandar,"katanya di sini hari ini.

Katanya, gelandangan yang diselamatkan itu akan diberikan beberapa bantuan kebajikan seperti tempat tidur, makanan dan pakaian. 

"Selain itu, mereka juga akan diberikan rawatan kesihatan mental oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan saringan air kencing oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK),"ujarnya.

Lau berkata, ops itu berjalan dengan lancar tanpa halangan daripada golongan gelandangan yang diselamatkan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »