BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19: Itali lanjut lockdown sehingga 3 Mei

ROM, 11 April (Bernama) -- Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte pada Jumaat mengumumkan lockdown di seluruh negara dilanjutkan sehingga 3 Mei, memandangkan negara masih berjuang melawan penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Anadolu. 

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan perintah lockdown berkuat kuasa sehingga 13 April.

Conte dalam satu sidang media disiarkan stesen televisyen berkata keputusan itu - sebahagian daripada dekri darurat baharu - selepas berunding dengan saintis, pemimpin serantau dan perniagaan.

Hanya beberapa aktiviti dibenarkan dibuka semula mulai 14 April termasuk kedai buku dan alat tulis serta kedai pakaian bayi dan kanak-kanak.

"Ia keputusan yang sukar tetapi perlu dilakukan, untuk itu saya bertanggungjawab sepenuhnya," kata perdana menteri.

"Kita tidak boleh menghentikan usaha yang sudah dibuat selama ini, jika kita mengalah sekarang...kita terpaksa mula balik dari awal," tambahnya.

Itali pada Jumaat melaporkan 570 kematian menjadikan jumlah keseluruhan seramai 18,849 orang maut - kekal tertinggi di dunia.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »