BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: IPD Padawan pantau pengeluaran BPN di bank

KUCHING: Selaras dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP), Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Padawan mengambil tindakan proaktif dengan jangkaan orang ramai yang berpusu-pusu ke bank bagi pengeluaran Bantuan Prihatin Nasional(BPN). 

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan,DSP Lim Jaw Shyong berkata,beberapa langkah pencegahan telah diatur berikutan kebimbangan penularan wabak COVID-19, disamping pematuhan PKP tidak terjejas.


"Ini bagi meningkatkan tahap pencegahan penyakit di kawasan tumpuan orang ramai.

"Di bawah pentadbiran IPD Padawan terdapat tiga cawangan BSN bertempat di Siburan, Kota Sentosa
 dan Matang Jaya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,pihaknya dengan kerjasama Pengurus Cawangan BSN melakukan pengawalan orang ramai sama ada di dalam atau luar bank agar tindakan bersepadu dan berkesan dapat dilakukan.


"IPD Padawan juga mempunyai bantuan dari pihak Rela daerah yang ditempatkan
 di cawangan BSN bagi mengawal aturan giliran dan menjaga jarak satu meter," ujarnya.

Beliau turut meminta agar masyarakat umum memberi kerjasama,bersabar,
bertolak ansur dan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »