BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: ATM bantu terbangkan bantuan makanan kepada penduduk DUN Meluan


KUCHING: Kesukaran penduduk di kawasan luar bandar Sarawak mendapat bekalan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan penularan wabak COVID-19 pada masa sekarang diatasi melalui usaha yang dilakukan kerajaan negeri.

Hari ini kerajaan negeri dengan bantuan pihak Angkatan Tentera Malaysia(ATM) melakukan penghantaran makanan berupa keperluan harian kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) Meluan.

Bantuan 117 pek makanan berkenaan diagihkan kepada Rh. Manding, Ng Banyu,Rh.Matili, Ng Setusel,Rh. Anthony ak Bau, Rantau Tapang,Rh. Gerasi, Ng Ju,Rh. Nyalih, Lepong Bilat dan Rh. Suing.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Meluan,Rolland Duat ak Jubin dan 
Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja Kem Oya Sibu, Leftenan Kolonel Zulkifli Jaafar turut hadir bagi memastikan kelancaran proses pengagihan bantuan makanan itu.

Keperluan makanan harian terbabit diterbangkan menggunakan helikopter EC135 Hornbill Skyways memandangkan DUN Meluan agak sukar dihubungi menggunakan jalan darat.

Seramai 17 anggota ATM membantu bagi melancarkan proses penghantaran bantuan makanan itu.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »