BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: 46 lagi kematian di Indonesia

JAKARTA, 12 April (Bernama) -- Sebanyak 46 lagi kematian berlaku dalam tempoh 24 jam di Indonesia akibat COVID-19, jumlah tertinggi  setakat ini sejak kematian pertama pada 11 Mac lepas.

Menurut Jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, jumlah kematian di Indonesia kini meningkat kepada 359 kes.

Sebanyak 36 daripada 46 kematian dalam tempoh 24 jam itu, berlaku di Jakarta.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 399 kes positif baharu, menjadikan jumlah kes kini meningkat kepada 4,341 kes," katanya.

Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah kematian tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 195 kes, diikuti Jawa Tengah (43 kes), Jawa Timur (27) dan selebihnya di wilayah- wilayah lain di Indonesia-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »