BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

COVID-19: 177,893 pek makanan diagihkan kepada petugas barisan hadapan



KUCHING: Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak telah mengagihkan sejumlah 177,893 pek makanan kepada petugas barisan hadapan sejak 24 Mac hingga semalam.

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah, pek makanan tersebut dibahagikan kepada barisan hadapan daripada 16 agensi di semua peringkat daerah dan bahagian di seluruh Sarawak.

“Semalam saya telah meluluskan permintaan tambahan pek makanan dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk petugas tambahan mereka untuk memperkuatkan lagi penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya dalam saru kenyataan di sini hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Rantaian Bekalan Makanan berkata, selain daripada makanan, seperti yang diminta oleh petugas barisan hadapan perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS), pihaknya turut menyediakan bilik rehat di Hotel Astana Wing Riverside Majestic. 

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Chong Estate Reality atas tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

“Setakat semalam, sebanyak 50 bilik telah digunakan oleh 120 doktor, jururawat dan pegawai pembantu perubatan serta pemandu,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »