BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

CMS sumbang RM 1 juta bantu JPBN tangani COVID-19


KUCHING:Cahya Mata Sarawak Berhad (CMS) menyamapaikan sumbangan berjumlah RM1 juta bagi membantu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menangani pandemik COVID-19.

Pengarah Urusan Kumpulan CMS, Dato Isaac Lugun menyerahkan sumbangan itu kepada Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak pada majlis penyampaian ringkas yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai sumbangan itu, Dato Isaac Lugun berkata, CMS menghargai usaha proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri untuk menghentikan penyebaran pandemik COVID-19 pada masa ini.

"Sebagai syarikat konglomerat,CMS mempunyai tanggungjawab membantu kerajaan dalam menangani krisis ini,"katanya.

Katanya,pihaknya turut menghargai sumbangan petugas di barisan hadapan seperti pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), Polis,Tentera,Bomba dan sebagainya yang bergadai nyawa menyelamatkan nyawa pesakit COVID-19 itu.

Belia berharap lebih ramai entiti korporat lain akan menghulurkan bantuan sebagai tanda sokongan kepada Kerajaan Negeri berdepan situasi sukar sekarang.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »