BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Cara mohon lesen DBKU minta Bantuan Khas

KUCHING - 20 APRIL 2020 (Isnin) : Susulan daripada pengumuman YAB 
Ketua Menteri Sarawak berkenaan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 2.0, para  peniaga kecil dan penjaja yang berlesen dengan Pihak Berkuasa Tempatan di  negeri ini bakal menerima geran khas berjumlah RM1,500 di mana  pembayaran akan dibuat menerusi akaun Sarawak Pay.  

Bagi para peniaga kecil/penjaja yang masih belum mempunyai lesen/permit, 
borang pendaftaran kini boleh dimuat turun di Laman Web DBKU 
https://dbku.sarawak.gov.my. 

Dokumen yang diperlukan adalah seperti 
berikut:-
• Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan;
• Gambar terkini pemohon;
• Gambar gerai/tempat perniagaan;
• Dokumen sokongan pengesahan perniagaan; dan
• Gambar lesen komposit/permit (jika berkenaan);

Borang yang telah diisi bersama dengan dokumen sokongan yang lengkap
boleh dihantar ke Bahagian Pelesenan DBKU. 

Kaunter akan dibuka bermula
jam 8:30 pagi hingga 12:30 tengahari (Isnin – Khamis) dan 8:30 pagi hingga
11:30 pagi (Jumaat). 

Tarikh tutup pendaftaran adalah sehingga 31 Mei 2020. 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 082-234654/234657.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »