BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bot karam di Pulau Lakei, seorang nelayan masih hilang


KUCHING: Seorang nelayan hilang manakala dua lagi selamat setelah bot yang mereka naiki karam di Pulau Lakei akibat cuaca ribut dan laut bergelora pagi semalam.

Ketiga-nelayan tempatan terbabit turun ke laut jam 7 pagi, bot mereka dipercayai karam sekitar jam 9.30 pagi.

Mangsa yang masih hilang dalam kejadian itu ialah Jamli Masli,41.

Dua rakannya yang selamat ialah Masli Rafaee,64, dan Mohamad Masli,32.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.05 petang.

"Ketiga-tiga mangsa pada awalnya sempat berpaut pada gelen penyimpanan minyak jenis 20 liter untuk berusaha berenang ke darat.

"Kedua dua mangsa yang selamat telah dijumpai oleh nelayan tempatan lain pada jam 5 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,mereka diserahkan kepada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak yang pergi ke Pulau Lakei untuk mengambil mereka.

"Operasi mencari dan menyelamat(SAR) mangsa yang hilang akan dijalankan pagi ini," katanya.

Selain pihak Bomba,operasi SAR itu melibatkan pihak APMM dan Polis.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »