BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bot karam di Pulau Lakei, seorang nelayan dikhuatiri lemas


KUCHING:Seorang nelayan dikhuatiri lemas setelah bot yang dinaiki bersama dua rakannya karam di Pulau Lakei,di sini, petang ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 6.05 petang.

"Dua mangsa berjaya menyelamatkan diri berenang manakala seorang lagi masih hilang,"katanya di sini hari ini.

Katanya, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak telah pergi ke Pulau Lakei untuk mengambil mangsa yang selamat.

Setakat ini identiti mangsa yang hiland dan dua lagi selamat masih belum dikenal pasti.

Gambar hiasan 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »