BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bomba Miri sanitasi bas


MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri hari ini melakukan operasi sanitasi untuk bas awam yang digunakan mengangkut penumpang dari luar Sarawak ke hotel-hotel ditetapkan bagi tujuan kuarantin.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Law Poh Kiong berkata, sanitasi pengangkutan khas bas Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri itu dilakukan di BBP Miri pada jam 11 pagi hingga 11.30 pagi tadi.
“Sanitasi ini memastikan bas sentiasa bersih dan selamat untuk kegunaan penumpang yang akan menggunakannya kelak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, bas itu digunakan membawa 31 orang penumpang yang tiba di Miri menggunakan penerbangan Maswings dari Labuan dan telah dihantar ke Hotel Cosy Inn untuk kuarantin.
Menurut Law, seamai tiga anggota terlibat dengan dua tangki semburan ke atas keseluruhan bas sebesar 350 kaki persegi.

“Bas yang sudah disanitasi sepenuhnya akan dibenarkan mengangkut penumpang seterusnya,” katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »