BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Berita palsu, 220 kertas siasatan dibuka


PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membuka 220 kertas siasatan berhubung berita palsu berkaitan koronavirus (Covid-19) setakat hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 152 kes masih dalam siasatan, manakala 24 kes telah didakwa di mahkamah dan 13 telah mengaku salah.

"Seramai 11 individu diberikan notis amaran manakala 33 kes tiada tindakan lanjut (NFA)," katanya pada Sidang Media (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, sebanyak 190 pusat kuarantin telah beroperasi semalam berbanding 185 pada hari sebelumnya di mana 17,008 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib.

"Semalam, seramai 1,589 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air dan telah dikuarantin wajib.

"Setakat ini seramai 11,861 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara telah dikuarantin wajib sejak 3 April lalu.

Mengulas lanjut, beliau mengajak mana-mana hotel yang berminat untuk diwartakan sebagai pusat kuarantin dengan menghubungi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

"Kerajaan menawarkan insentif pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) kepada hotel yang terlibat," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »