BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bantuan Sarawakku Sayang : Fasa pertama bayaran 15 hingga 30 April ini

KUCHING: Fasa pertama bayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) adalah pada 15 hingga 30 April ini, manakala fasa kedua pembayaran adalah dari 15 hingga 30 Ogos 2020.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Jaul Samion berkata,untuk memastikan bantuan itu dapat disalurkan dengan teratur dan efisyen maka cara pembayaran bagi penerima yang memiliki akaun bank berdaftar, bantuan akan disalurkan ke akaun bank masing-masing pada setiap 15 haribulan untuk tempoh selama enam bulan bermula dari April hingga September 2020.

“Manakala lebih daripada 23,000 penerima bantuan yang tidak memiliki akaun bank berdaftar akan disalurkan melalui Pejabat Cawangan Perbendaharaan Negeri yang berdekatan dengan tempat kediaman penerima bantuan melalui dua fasa,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,senarai penerima bayaran BKSS merupakan senarai penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) pada bulan Januari 2020 yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

"Oleh yang demikian, permohonan bagi BKSS adalah tidak diperlukan,"ujarnya.

Pada 23 Mac lalu, Kerajaan Sarawak telah mengumumkan BKSS kepada rakyat Sarawak dari kategori berpendapatan rendah kumpulan B40.

Seramai 430,000 rakyat Sarawak akan menerima bantuan tunai bulanan sebanyak RM250 untuk enam bulan yang mana bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban golongan sasar dalam menghadapi kesan Covid-19.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »