BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bantuan Prihatin "Indai Dom"


YAB Perdana Menteri, semasa membentang Pakej Ransangan Ekonomi, telah menguna "Kak Kiah" dalam kategori B40 dan bantuan yang diterima daripada Pakej Rangsangan Ekonomi. 

Menurut pengiraan YAB PM, didapati Kak Kiah sekeluarga menerima RM8,644.  

Saya pun membuat pengiraan saya sendiri untuk keluarga "Indai Dom", keluarga B40 yang tinggal di rumah panjang, di luar bandar di Sarawak. 

Daripada pengiraan saya, Indai Dom menerima RM3,500.  

Bantuan Rangsangan Ekonomi amat dihargai, kerana ia dapat meringankan beban rakyat yang terkesan.  

Dalam kes "Indai Dom", dan penduduk di pedalaman Sarawak dan Sabah, saya mengharap Kerajaan dapat menambah Bantuan Prihatin Nasional kepada Indai Dom dan mereka seperti dia di pedalaman Sarawak, Sabah, Walaupun mereka tidak keputusan makanan asas (beras, sayur, ikan, daging hutan) dalam masa terdekat tetapi mereka amat memerlukan wang tunai untuk keperluan lain, seperti kos pengangkutan ke pusat kesihatan terdekat, atau hospital, membeli minyak untuk bot dan generator elektrik. 

Mereka perlu wang tunai, kerana selama ini mereka bergantung hasil daripada menjual padi, tanaman, ternakan, ikan sungai, dan binatang buruan dari hutan. 

Dalam masa Arahan Kawalan Pergerakan, sumber wang tunai, TERPUTUS.

Tulisan asal Dr Madeline Berma 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »