BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bantuan makanan diedar ke Song


SONG, Selasa-  Ketua Isi Rumah (KIR) bagi kawasan Parlimen P.215 Kapit (DUN N.62 Katibas) hari ini menerima sumbangan bantuan makanan daripada kerajaan yang disalurkan kepada rakyat yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19.

Wakil Pusat Khidmat Parlimen P.215 Kapit,  Lidam Assan berkata sepanjang PKP ini  dilaksanakan  ramai orang telah kehilangan  pendapatan terutama  mereka yang berkerja sendiri dan bergaji hari. 

Oleh yang demikian, kerajaan melalui Pusat Khidmat Parlimen P.215 Kapit dengan kerjasama Jawatankuasa Bencana Alam Daerah akan menyalurkan bantuan makanan kepada penduduk, kata beliau lagi.

Menurut Lidam,  139 KIR dari Rh Austin Ikau, Rh Nyulang dan Kampung Gelam Song dalam Fasa 1 ini menerima bantuan makanan mereka bertempat di Dewan masyarakat Song pagi tadi. 
Manakala sumbangan makanan selebihnya akan diagihkan secara berperingkat kepada  semua KIR mulai minggu ini.

Terdahulu dalam majlis yang sama, Pegawai Daerah Song, Jackline August menyatakan bahawa Jawatankuasa Bencana Daerah Song tidak melibatkan ramai petugas semasa pengagihan serta hanya empat orang wakil dari JKK kampung yang dibenarkan hadir.
“Ini memandangkan kita terpaksa  mengikut arahan PKP  serta mematuhi  langkah keselamatan yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” jelas Jackline.

Turut hadir, wakil Pusat Khidmat Parlimen P.215 Kapit, Ambrose Abong; Pegawai Kebajikan Daerah Song, Betty serta ketua-ketua Jabatan yang terlibat dalam JK Bencana Daerah.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »