BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bantuan barang makanan tiba di Sarikei

SARIKEI: Majlis Simbolik Penyerahan Bantuan Makanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Peringkat Bahagian Sarikei telah diadakan pada pagi tadi bertempat di Dewan KPS Sarikei.

Upacara simbolik penyerahan disempurnakan YB Datu Haji Len Talif Salleh selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bencana Bahagian Sarikei yang mewakili Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Peruntukan ini adalah daripada RM16.4 juta yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada 29 Mac lalu.

Setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) akan diperuntukkan RM200,000 untuk menyediakan bekalan makanan kepada mereka yang memerlukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Majlis ringkas tersebut hanya melibatkan kehadiran yang minimum dengan dihadiri para ketua jabatan dan wakil daripada pusat-pusat khidmat wakil rakyat dari kawasan DUN dan kawasan Parlimen di dalam Bahagian Sarikei. 

Agihan bantuan melibatkan konstituensi-konstituensi dari Bahagian Sarikei melibatkan kawasan DUN Kuala Rajang, DUN Repok, DUN Meradong, DUN Julau, DUN Pakan melibatkan seluruh Parlimen P.206 Tanjong Manis.

Senarai penerima bantuan makanan akan ditentukan oleh Jawatankuasa Bencana Bahagian/Daerah yang terdiri daripada Residen, Pegawai Daerah, agensi-agensi kerajaan, Pusat Khidmat Adun dan NGO yang relevan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »