BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bank bergerak perlu diperluas ke pekan kecil


KUCHING: Kementerian kewangan harus membenarkan bank bergerak beroperasi terutama di pekan-pekan kecil di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing berkata, ia perlu bagi mengehadkan pergerakan masyarakat ke kawasan pusat bandar.

“Kementerian Kewangan harus membenarkan bank bergerak beroperasi di pekan-pekan kecil sekali gus  mengehadkan pergerakan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur berkata, sistem perbankan dengan SOP pembukaan dari jam 10 pagi hingga 4.30 petang perlu dikaji semula.
 
Menurutnya, masalah yang dihadapi masyarakat apabila hanya beberapa cawangan perbankan dibuka dengan jumlah petugas yang amat minimum.

"Perkara ini menyebabkan banyak pelanggan terpaksa menunggu lama dan berbaris panjang untuk mengeluarkan wang mereka," katanya.

Beliau berkata, lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diharap dapat memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Sebelum ini, timbul isu masalah warga Pakan sukar mengambil wang di ATM akan diselesaikan Kerajaan Sarawak.

Dalam laporan media webelum ini, buat masa ini kesukaran logistik dihadapi peduduk Pakan, Sarikei menjadi tular kerana untuk ke pekan terdekat kerana jaraknya sejauh 44 kilometer, hanya untuk membeli barangan keperluan asas atau mengeluarkan wang dari mesin transaksi automatik (ATM).

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perkara itu sudah dibincangkan bersama pihak berkuasa tempatan untuk tindakan lanjut.

Uggah memberitahu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang mencari penyelesaian bagi menempatkan lebih banyak kemudahan agen-agen bank di kawasan pedalaman termasuk Pakan.

Bagaimanapun, kata beliau situasi itu hanya berlaku pada waktu tertentu sahaja dan akan mengambil perhatian serius supaya penduduk di pedalaman terima kemudahan sama seperti penduduk di bandar.

"MKN telah berbincang dengan Bank Negara Malaysia bagaimana hendak menentukan agen-agen bank di kawasan luar bandar ini dengan mengambil kira kewangan di sesuatu kawasan.

"Agen-agen kewangan ini juga akan mengambil kira permintaan masyarakat setempat. Kita akan buat kajian dan untuk jangka masa panjang membentangkannya kepada BNM apa langkah yang boleh dibuat dengan mengambil kira permintaan," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »